September 09 2010 16:10:51
Navigation
Di Sebalik Tabir
Search
Video @ I4P
Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
Promote I4P


Klik Untuk Maklumat Lanjut
Topik Forum
Topik Terbaru
Jom Ta'aruf
.:TaRikh LahiR DalaM...
Lukisan Untuk Dikongsi
H1N1 - Benarkah Angk...
Statistik Anak Luar ...
Topik Terhangat
Jom Ta'aruf [128]
ha!..apekh mksud ... [37]
Feedback [35]
Artikel terkini
Al-Azhar, Propaganda...
Perjuangan Seiring P...
Hukum lelaki memakai...
Book Review: Bloggin...
duhai kalbu
Birthday
Pengguna Online
Tetamu Online: 2

Ahli Online: 0

Jumlah ahli: 461
Ahli Terbaru: mat pih
Benarkah Majlis Maulidur Rasul Majlis 'Ke Neraka'?
Saya terkenang dan terkilan kepada sesetengah pihak yang pantas menghukum mereka yang menyambut Hari Kelahiran Rasulullah SAW ni. Hinggakan majlis yang memuji Rasulullah ini dikatakan sebagai 'majlis yang membawa ke neraka'. Mengapa hingga begitu jadinya? Adakah mereka yang hadir ke majlis memperingati Rasulullah ini dihukum dengan begitu berat hinggakan sama tarafnya dengan orang yang membuat maksiat besar seperti berzina? (disebabkan kedua-duanya masuk neraka!)

Memanglah khilaf dalam agama itu rahmat, tapi jika kamu tidak bersetuju dengan pendapat lain, jangan pula menghukum pandangan lain itu sesat dan akan masuk neraka. Jika kamu tidak mahu meraikannya, tidak mengapa. Sememangnya tiada hukum wajib dalam menyambut Hari Kelahiran Rasulullah ini. Namun, hormatilah orang lain yang menggunakan pendapat yang berlainnan dengan kamu.

Saya ingin berhujah dengan dua potong hadith sahaja. Pertama adalah hadith sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya "tidak beriman seseorang itu hinggalah aku lebih dicintainya daripada ibubapanya, anak-anaknya dan seluruh manusia", riwayat Imam Ahmad, Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Nasaie, Imam Ibnu Majah, Imam Ad Darimi dan Imam Ibnu Hubban. Hadith ini jelas akan kewajipan kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW untuk menyintai baginda melebihi sesiapa pun.

Hadith kedua pula adalah sabda Rasulullah SAW mafhumnya "Sesiapa yang melakukan (menggubal) di dalam Islam suatu perbuatan baik, maka padanya pahala perbuatan itu dan juga pahala orang lain yang mengikuti perbuatan itu selepasnya dengan tidak berkurang walau sedikit pun pahala itu. Juga sesiapa yang melakukan (menggubal) di dalam Islam suatu perbuatan buruk, maka padanya dosa perbuatan itu dan juga dosa orang lain yang mengikuti perbuatan itu selepasnya dengan tidak berkurang walau sedikit pun dosa itu", hadith ini dan hadith seumpamanya terdapat dalam Musnad Adi Daud, Musnad Imam Ahmad, Sahih Muslim, Sunan Tarmizi, Sunan Nasaie, Sunan Ibnu Majah dan Sunan Ad Darimi.

Hadith kedua ini pula sebagai dalil bahawa apa jua amalan baik yang dilakukan ataupun diwujudkan dalam Islam, akan diterima dan juga diberi pahala. Seperti di dalam Syarah Sahih Muslim, karangan Imam Nawawi (1) ada mengatakan bahawa "kedua-dua hadith ini (bukannya dua hadith di atas, tetapi dua hadith di dalam Sahih Muslim yang membawa maksud yang sama seperti hadith yang kedua) menjelaskan akan galakan (istihbab) melakukan perkara baik dan mengharamkan (tahrim) perbuatan buruk. Dan sesiapa melakukan sunnah yang baik, baginya pahala seperti mana pahala setiap yang melakukannya hingga ke hari kiamat dan sesiapa yang melakukan sunnah yang buruk, ke atasnya dosa seperti mana dosa orang yang melakukannya hingga ke hari kiamat.

Juga siapa yang menyeru kepada kebaikan (huda), baginya pahala seperti mana pahala mereka yang mengikutinya (mengikut perbuatan baik itu). Atau juga mereka yang menyeru kepada kesesatan (dholalah), ke atasnya dosa seperti mana dosa mereka yang mengikutnya (perbuatan sesat itu). Sama sahaja samada kebaikan dan kesesatan itu mereka mulakan, ataupun mereka mengikutnya dari orang lain. Sama sahaja jika isu semua (kebaikan dan kesesatan itu) dalam pengajian ilmu, atau ibadah, atau adab atau apa sahaja selain itu"


Maka, jika kita gabungkan kefahaman akan kedua-dua hadith ini, kita akan lihat bahawa majlis sambutan Hari Kelahiran Rasulullah ini adalah perkara yang baik yang tidak perlu dipertikaikan aqidah mereka yang mengikutinya. Majlis seperti ini adalah baik kerana ia majlis yang menzahirkan cinta kita kepada Rasulullah (walupun hati kita masih tidak sempurna menyintai baginda) dan ini menepati mafhum hadith pertama.

Majlis ini juga terdapat kebaikan yang di dalamnya diadakan majlis zikir, nasihat, bacaan qasidah (hiburan yang tidak melalaikan), dan juga jamuan. Semuanya ini adalah amalan baik dan memberi faedah kepada umat Islam. Ini adalah bertepatan dengan mafhum hadith kedua.

Maka, menyintai Rasulullah dengan menggunakan apa jua cara yang baik dan selagi tidak bercanggah dengan syarak dan aqidah, adalah harus dan digalakkan. Ini kerana Rasulullah tidak pernah menetapkan cara khusus yang wajib diikuti oleh umat Islam dalam menzahirkan rasa cinta padanya. Sedangkan tindakan Ibnu Zubair yang meminum darah bekam Rasulullah SAW juga tidak dimarahi baginda, inikan pula kita yang sekadar menjalankan majlis sebegini yang pastinya memberi faedah kepada masyarakat.

Kesimpulannya, majlis sambutan Maulidur Rasul ini harus untuk dilaksanakan dan boleh juga jika tidak dilaksanakan. Maka, jika ada orang yang melaksanakannya janganlah pula kita memfitnah mereka kerana mereka menghadiri majlis 'yang membawa ke neraka' mengkut fahaman sesetengah golongan. Ini adalah kerana majlis seumpama itu adalah majlis yang menzahirkan rasa cinta kita pada Rasulullah dan juga majlis yang baik untuk kemaslahatan umat Islam berdasarkan kefahaman kedua-dua hadith tadi.

Semoga kita mendapat rahmatNya dan mendapat syafaat Rasulullah SAW di akhirat kelak. Amin.


MOhd Azrul Azuan bin Idris.
12.50pm, Isnin, 1 Mac 2010
607, Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah.

(1) Kitab Syarah Sahih Muslim, karangan Imam An Nawawi. Keluaran Darul Makrifah, Jilid ke 8, juzu ke 16, bab Kitab Al Ilmu, muka surat 442.
Komen
Tiada Komen dikirim.
Beri Komen
Sila login untuk memberi Komen.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.
Random media
Member Poll
Bagi pendapat antum, pengambaran bagi kuliah agama di islam4peace oleh ustaz@pelajar Al Azhar lebih sesuai dijalankan secara...







You must login to vote.
Shoutbox
You must login to post a message.

02/09/2010 11:10
salam suma Bee

16/07/2010 04:50
melawat Shock

09/07/2010 23:55
salam.aktiviti web ini masih dibekukan untuk penambahbaikan web n naik taraf

09/06/2010 17:07
Assalamu'alaikum, semoga laman ini menjadi laman yang bermanfaat buat semua dan semoga makin ramai lagi yang akan menjadi ahli islam4peace.Amin.

25/05/2010 00:57
Assalamualaikum.. Dapatkan software terjemahan kutub tis'ah .. http://kutub-tis3.
..ogspot.com
Wink

19/05/2010 19:34
insyaAllah. bitawfiq wannajah kepada semua yang exam. InsyaAllah Idea mumtaz dunia dan akhirat. amin.

12/05/2010 02:40
salam.maaf kpd smua shbt.prgrm web ni dihentikn buat sementara kerana fatrah exam yg semakin dekat.doakn kami istiqamah Smile

02/05/2010 07:20
Big Hug

27/04/2010 22:38
AHLAN WA SAHLAN.... http://abdullah14.
..gspot.com/

26/04/2010 23:58
salam.. moga terus memacu kejayaan...