Assalamu'alaikum wbt. Tuan-tuan yang dirahmati ALLAH SWT sekalian. Bersyukurlah kita semua kerana diberi nikmat Islam dan Iman yakni nikmat terbesar bagi seorang muslim. Bagi yang suka menulis, berkarya, dan seumpamanya - bersyukurlah! Hal ini kerana kita masih mampu menulis dengan baik malah cantik pula gaya bahasanya.
Kali ini saya cuba paparkan beberapa karangan budak sekolah yang akan menjawab mengapa kita perlu bersyukur atas nikmat bakat penulisan kita ini. Klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar.
Karangan Budak Sekolah
Pelajar ini dikehendaki menulis karangan tentang kejadian yang berlaku sewaktu dia berseorangan di rumah.
Ini pula tajuk karangan yang bertemakan 'Keluarga'.
Pelajar yang ini pula ditugaskan untuk mereka sebuah karangan yang bertajuk "Terima Kasih Datuk". Dari segi gaya bahasa,saya berani mengatakan bahawa pelajar ini dari Sabah. Terdapat beberapa perkataan yang menjadi bahasa pasar di negeri tersebut yang dimuatkan oleh pelajar ini. Kemudian, guru pelajar ini mengarahkan agar pelajar ini membuat semula karangannya.
*Maksud perkataan:
Bubut = Kejar, mengekori, mengikuti dari belakang
Kerabau = Kerbau